Kursus Evolusi Kaedah Penangkapan Ikan Moden e-SMART Siri 1/2026
🎣 KURSUS EVOLUSI KAEDAH PENANGKAPAN IKAN MODEN e-SMART SIRI 1/2026
Ko-Nelayan telah menganjurkan Kursus Evolusi Kaedah Penangkapan Ikan Moden e-SMART Siri 1/2026 pada 12 hingga 14 Oktober 2026 bertempat di Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC), dengan penyertaan seramai 36 orang nelayan dari kawasan pantai utara, pantai barat dan selatan Sabah.
Majlis perasmian penutupan dan penyampaian sijil kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar, Tuan Salleh Haji Obong, mewakili Pengurus Besar Ko-Nelayan. Majlis turut dihadiri oleh Puan Hasni binti Halim, Pengarah Bahagian Pembangunan ICT dan Geoinformatik, yang mewakili Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) serta menyampaikan ucapan alu-aluan.
Penganjuran kursus ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkasa pengetahuan dan kemahiran nelayan melalui penerapan teknologi serta kaedah penangkapan ikan moden ke arah komuniti nelayan yang lebih berdaya saing. 🐟🌊
#KoNelayan #eSMART #NelayanDigital #MYSA #PendigitalanNelayan #ukkkonelayan #konelayansabah #Onsoi